AKU GURU BIASA-BIASA
ku guru biasa-biasa
bukan mahaguru
bukan orang pakar rujuk
Aku hanya suka bantu
Aku guru biasa-biasa
mahuku kongsi yang kutahu
ilmu dari guruku jadi ilmu buatmu
Aku hanya penyampai ilmu
Aku guru biasa-biasa
tak minta hadiah
tak minta doa dan balas jasa
Aku hanya mahu kau berjaya
Aku guru biasa-biasa
yang luar biasa adalah guruku SEMUA
YA! SEMUA
Yang menjadikan aku MANUSIA
Jurry Foo
Sepanggar
15 Mei 2016
No comments:
Post a Comment