AKU GURU BIASA-BIASA
ku guru biasa-biasa
bukan mahaguru
bukan orang pakar rujuk
Aku hanya suka bantu
Aku guru biasa-biasa
mahuku kongsi yang kutahu
ilmu dari guruku jadi ilmu buatmu
Aku hanya penyampai ilmu
Aku guru biasa-biasa
tak minta hadiah
tak minta doa dan balas jasa
Aku hanya mahu kau berjaya
Aku guru biasa-biasa
yang luar biasa adalah guruku SEMUA
YA! SEMUA
Yang menjadikan aku MANUSIA
Jurry Foo
Sepanggar
15 Mei 2016
Tuesday, 12 July 2016
Anak Pribumi
Aku anak Pribumi
Dudukku di atas tanah ibundaku
Berdiriku bukan
kerana pada nama yang tersurat
Bangunku di atas maruah bangsaku
Tidurku bukan kerana pada kata yang mengikat
Aku anak Pribumi
Mahuku adalah dunia sejahtera
Inginku adalah tanah milik bersama
Impiku adalah awan biru yang sama rasa
Hasratku adalah warisan bahagia
Aku anak Pribumi
Tidak pernah malu pada usul
Tidak pernah tunduk pada takut
Tidak pernah gentar pada amarah
Tidak pernah mundur pada telunjuk
Aku anak Pribumi
Aku milik bumiku
Bumiku adalah milikku
Jurry Foo
Sepanggar, 27 Mei 2016
Kotobian Tadau Kaamatan
NewSabahTimes29Mei16
Mungkin
Mungkin beginilah jalannya yang harus dilalui...
Berlari pada duri-duri tajam yang menusuk harapku
Sesekali jatuh tercarik juga semangatku
Lalu aku mula berdiri semula pada laluan yang semakin berliku
Dan kuusap airmata yang membasahi impian
Berlari pada duri-duri tajam yang menusuk harapku
Sesekali jatuh tercarik juga semangatku
Lalu aku mula berdiri semula pada laluan yang semakin berliku
Dan kuusap airmata yang membasahi impian
Mungkin beginilah ceritanya yang harus tertulis
Bait-bait kata mentah sumbang nada sini sana
Lalu kucuba mengatur setiap bicara jadi makna
Dan kucoretkan pada kertas-kertas tidak berwarna
Bait-bait kata mentah sumbang nada sini sana
Lalu kucuba mengatur setiap bicara jadi makna
Dan kucoretkan pada kertas-kertas tidak berwarna
Mungkin beginilah lagu yang harus didendangkan
Melagukan nyanyian tanpa lirik dan alunan
Lalu kugubah jadi lagu merdu mendayu
Dan kurakamkan pada sebuah nukilan
Melagukan nyanyian tanpa lirik dan alunan
Lalu kugubah jadi lagu merdu mendayu
Dan kurakamkan pada sebuah nukilan
Mungkin beginilah harapan yang harus dikecapi
Bangun pada siang tanpa mentari
Tidur pada malam tanpa rembulan
Mimpi pada ruang yang bukan kehidupan
Bangun pada siang tanpa mentari
Tidur pada malam tanpa rembulan
Mimpi pada ruang yang bukan kehidupan
Mungkin beginilah...
JFoo¬Sepanggar/Julai2016
JFoo¬Sepanggar/Julai2016
Subscribe to:
Posts (Atom)